Aku tersentap. Benar-benar tersentap hari ini. Terasa ingin berkongsi sentapan itu kepada sesiapa yang sudi membaca.
Aku lihat seorang sahabatku, aku lihat dirinya, keluarganya, ibu ayahnya. Semua orang hebat-hebat. Terbit rasa cemburu dalam diri. Dia dari keluarga yang hebat, tidak hairan dia juga menjadi seorang yang hebat.
Pada suatu moment wechat miliknya, moment itu menggambarkan keadaan keluarganya yang saling menasihati. Spontan tangan gatal menaip,
"Family hebat"
Selang beberapa hari, aku lihat moment itu sudah hilang. Cuma ada satu moment baru yang diupdatenya.
Maaf. Jangan memuji saya mahupun keluarga saya. Perbuatan itu menyebabkan saya sedih yg teramat dan saya sangat malu lagi hina di hdapan Allah.
Betapa banyak aib yg dilindung.
Kami hanya orang biasa. Tak terlepas dari dosa , ujian nikmat musibah.
Kembalikan pujian hanya pada Allah. Dia yg bagi pinjam secubit nikmatNya pada kami :)
Saya takut saya akan rasa nikmat itu saya yang punya.
Cuma itu aja.
Ia hanya dua patah perkataan yang aku jejakkan di ruangan komen miliknya. Mungkin bagi orang kebanyakan itu biasa-biasa sahaja. Tapi tidak baginya. Itulah beza mereka yang dekat dengan Allah dan sebaliknya.
Terpaut hati kotor ini dengan kerendahan hatinya.
The Search of Serenity
Passion to write
Wednesday, 9 December 2015
Friday, 16 October 2015
Menetapkan Visi dan Misi
Visi: Matlamat yang hendak dicapai.
Misi: Perkara yang dilakukan untuk mencapai visi.
Yayaya lebih kuranglah.
Orang kata, bercita-cita biar setinggi langit, andai jatuh disambut awan.
Orang juga kata, hidup mesti bermatlamat.
Orang kata lagi, gagal merancang, merancang kegagalan.
Namun, apakah visi kita? Apakah matlamat kita? Benarkah visi kita itu? Bertepatankah ia dengan kehidupan kita?
Zaman ini zaman yang memerlukan kita menilai dan menapis semula. Kekeliruan, kepesongan, kekusutan terlalu banyak. Silap menilai dan memutuskan, habislah matlamat dan harapan.
Dalam dunia yang sementara ini, ada barang sementara, ada barang kekal.
Dalam memutuskan apa-apa, teliti dan nilai dengan pandangan hikmah, atas kepentingan jangka masa panjang dan timbang kebaikan yang kekal.
Ahaa berbelitnya.
Senangnyalah contoh nak kahwin.
Leman ni memang sejak azali lagi kita merendam perasaan. Acewah. Dengan rambut dia, gaya dia, bulu hidung dia semua cantik di mata kita. Tapi kita tahu, dia ada kurang yang memang kita takleh backup.
Contoh, dia baran, kita angin. Keluar anak 3 orang;sorang puting beliung, sorang banjir kilat, sorang ribut taufan. Haa tak ke bencana keluarga tu nanti.
Ya dia hensem, tapi bahagia sebulan ja, eksiden sekali, kebakaran, obes ke apa uih lesap abih toksah duk kata.
Tu aku pesan timbang yang kekai.
Gitu jugak dalam menetapkan visi hidup. Visi exam. Visi dalam tournament.
Kalau dalam game netball, kau aim nak menang, sekali kalah, kau dapat apa? Habuk pun tarak. Cuba aim nak enjoy, nak sihat. Kalah menang kau dapat benda tu.
Kalau dalam exam kau target 4flat, sekali kau cuai habis result, apa kau dapat? Cuba target nak pegang ilmu tu sampai tua, exam tak exam kau dapat benda tu.
Kalau dalam hidup kau nak happyyyy je, sekali musibah, apa kau dapat? Cuba cari benda yang bagi bahagia kekal dunia akhirat, barulah pelangi hujan sekali pun kau dapat benda tu.
Berhati-hati menetapkan target dalam kehidupan.
Kalau kita bertindak atas dasar yang sementara, tindakan kita selepas dasar yang sementara itu hilang, bagaimana?
IPGK Perlis, 17102015, 1150.
Saturday, 3 October 2015
Ujian Hebat, Orang Hebat
Hailah jiwa
lihatlah dirimu
menangis merapu
mempersoal apa yang berlaku
teresak dalam sendu
Hailah jiwa
lihatlah dirinya
berteman senyum dan tawa
syukur dan gembira
berterima kasih apa adanya
Hailah jiwa
sedarkah kamu
masalahnya lebih hebat
masalahnya lebih berat
masalahnya dan masalahmu
bagai tanah dipijak dan langit biru
Hailah jiwa
buta, kufur dan hina
Hailah jiwa
inikah yang mahu dihadapkan pada Pencipta?
-faroh
Saturday, 19 September 2015
Menghazaf Rasa
Takut memberi kesan negatif pada diri. Kerana jika diperhatikan, Allah akan menguji kita, dengan apa yang kita sampaikan pada orang lain. Dalam kata lain, diuji dengan kata-kata. Tapi, ini salah satu cara bagi diri ini, mencabar diri, menulis, moga-moga turut diberi kekuatan.
Baik anak-anak, mari mendekat. Mak nak bercerita.
Ada suatu masa, setiap kita akan diuji dengan kelemahan kita, dengan perasaan suka dan rindu pada ajnabiy. Mungkin kita tidak akan diuji dengan lelaki bermulut manis atau playgirl. Tapi kita akan diuji dengan lelaki yang hebat ilmu, agama dan kepimpinannya. Ada juga yang sebaliknya.
Kerana kita diuji dengan kelemahan kita. Ada yang berpendapat, rasa ini fitrah, tidak mengapa dibiarkan, asal tidak melanggar syariat. Tetapi bagi saya tidak. Pemuda pemikir ummah tiada masa berfikir soal suka atau rindu yang melalaikan. Nukilan Dr Zainur Rashid Zainuddin di laman sosial facebooknya,
siapakah golongan muda yang dikagumi Allah ?
قال صلى الله عليه وسلم: إن الله عز وجل ليعجب من الشاب ليست له صبوة.رواه الإمام أحمد
Rasulullah saw bersabda:`Sesungguhnya Allah Azza wajalla kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya sifat sobwah'.(Hadith riwayat Imam Ahmad)
Sobwah di sini membawa beberapa maksud ;
1- Bersifat kebudak-budakan dan tidak matang
2- Suka buang masa dan tidak mahu ambil tanggungjawab
3- Suka mencari perhatian orang
4- Tidak mampu mengawal emosi dan perasaan sehingga boleh menimbulkan kesan buruk kepada diri sendiri atau orang lain.
Ringkasnya, Allah swt mencintai dan mengkagumi anak-anak muda yang matang, bertanggung-jawab, tidak membuang masa dan mempunyai kehidupan beragenda untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan negara
Tiadalah jaminan bahawa rasa itu terhazaf serta-merta, setidaknya menunjukkan usaha kita untuk mengelakkannya.
Beberapa usaha hati yang boleh saya senaraikan di sini,
1. Kesedaran
Kita harus sedar bahawa bahaya perasaan ini kita mula menjadikan hati kita bercabang tujuannya.
Bahaya hati bercabang kepada seorang penuntut ilmu. Abi Syeikh Nuruddin al-Banjari ada menukilkan dalam kitabnya, Martabat Ilmu dan Ulama', terjemahan al-Fadhil ustaz Subki (Mudir Pondok Tahfiz Repek, Pasir Mas), ulama' dahulu suka menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu jauh dari kampung halaman, agar hati mereka fokus kepada menuntut ilmu.
Kerana mereka yang hatinya bercabang-cabang, susah untuk memahami hakikat sesuatu ilmu.
Itu jika dicabangkan dengan kesenangan di rumah dan rindu pada ibu bapa. Jika dicabangkan dengan ajnabiy? Apa akan berlaku pada keberkatan ilmu kita? Belajar bertahun-tahun tanpa barokah, itu kerugian yang nyata.
Itu dalam menuntut ilmu. Belum dikira dalam amalan dan ibadah. Kerana itu kita harus sentiasa berhati-hati dengan hati kita. Niatnya diqasad tanpa kita sedar sama ada niat itu memberi manfaat atau mudharat pada diri kita dunia akhirat.
Firman Allah SWT dalam surah Hud, ayat 15-16 :
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ (15)
Maksudnya : "Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan."(Surah Huud (11) ayat 15)
Jika amal kita di dasari kerana dunia, Allah akan berikan ganjaran dunia yang kita inginkan itu...
أُولَئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (16)
Maksudnya : "Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan".(Surah Huud (11) ayat 16)
Dan di akhirat, kita tidak akan memperoleh apa-apa. Itulah niat, andai didasari dengan perkara sementara, ganjarannya juga sementara.
2. Menganggap rasa itu sebagai ujian semata-mata.
Pernahlah diri ini bercerita kepada sahabat, soal hati ini kepada Pencipta, bagaimana tidak mahu didua atau ditiga dengan ciptaanNya. Jawabnya,
Kadang-kadang, kita mudah terperasan.
"Banyak kebetulan aku dan dia, hari ini jam dia warna biru, stokin aku juga biru, adakah ini petanda dari Tuhan?"
"Diakah jodoh yang ditakdir untuk memandu ferarri menumpangkan aku syurga Ilahi?"
"Lihatlah betapa banyaknya group whatsapp kami bersama, mungkinkah ini suratan takdir?"
Tidak nafikan tidak salah memikirkan soal jodoh. Tapi jika rasa diri belum bersedia dan belum tiba masa, pandai-pandailah bezakan, antara berfikir soal jodoh atau tidak, yang mana lebih memberi manfaat berbanding mudharat? Ini cuma pandangan peribadi saya.
Hakikatnya dia hadir dalam hidup kita, sekadar ujian yang akan pergi. Seolah-olah angin lalu yang memberi nyaman dan bimbang, kemudian hilang meniup yang lain pula. Dan di saat dia menimpa kita, apa tindakan kita terhadap ujian Tuhan itu? Itu sahaja.
Jangan fikir terlalu jauh, anggap sahaja itu semua hasutan syaitonirrajim.
3. Elakkan perjumpaan atau perhubungan tanpa tujuan
Fikir, apa tujuan ini? Anggaplah, andai kita sedar tiada tujuan yang jelas, kita sedang melunaskan tujuan syaitan. Teruskan mujahadah :)
4. Belajar kaedah ikhtilat yang selamat
Jika berbincang, kurangkan pandangan dari mata ke mata. Di sini panahan syaitan bermula.
Cuba memandang dengan sedikit pesongan (ceh). Sama ada dinding di belakang atau cicak berkejaran, tapi jangan tundukkan pandangan atau melihat barangan di tangan (terutama telefon bimbit), dianggap kurang adab dalam komunikasi. Beri perhatian, respon dengan mengangguk dan lihat padanya sekali sekala. InshaAllah hati lebih terjaga. Fuhh detail habis!
Jika memberi barangan, elakkan penyampaian dari tangan ke tangan. Letak sahaja di atas meja. Apalagi barangan yang kecil seperti duit, pemadam dan sebagainya. Jika tiada meja, kertas, buku atau apa sahaja di sekeliling juga sedia membantu. Tapi jika selamat dari sebarang sentuhan, tiada masalah, tapi kalau boleh elakkan. Siapa tahu, satu sentuhan kulit ajnabiy itu mampu mengganggu ibadah selama seminggu, siapa tahu?
Jika di alam maya, ini tertakluk atas individu. Saya sendiri tidak terlalu syadid soal ini, tetapi, kurangkan private message jika tidak perlu. Delete conversation jika tidak penting, bagi mengelakkan kita belek semula masa bosan.
Banyak lagi kaedah selamat dalam berikhtilat. Boleh lebih mengkaji dan mendalami. Ini sekadar pandangan saya. Saya sendiri terutamanya semoga diberi kekuatan...
5. Sibukkan diri
Penuhkan jadual, bersama buku, esaimen, sahabat, jangan bersendiri. Tengok movie, baca Quran dan sebagainya, asalkan otak kita bergerak. Paling koman, tidur jelah...
6. Tawakkal
Allah ada berfirman, mafhumnya,

"Tapi awak pernah cakap berfikir itu galakan ugama"Iya, fikir hikmah Tuhan, fikir diri perlu ilmu dan reformasi pemikiran, fikir masyarakat tak cukup makan, fikir kehidupan dalam kebatilan, fikir akademik bagaimana peningkatan, fikir jasa ibu ayah apa untuk dibalaskan, bukan soal jodoh dan perasaan. Ini lemah dan melemahkan!
3. Elakkan perjumpaan atau perhubungan tanpa tujuan
Fikir, apa tujuan ini? Anggaplah, andai kita sedar tiada tujuan yang jelas, kita sedang melunaskan tujuan syaitan. Teruskan mujahadah :)
4. Belajar kaedah ikhtilat yang selamat
Jika berbincang, kurangkan pandangan dari mata ke mata. Di sini panahan syaitan bermula.
Cuba memandang dengan sedikit pesongan (ceh). Sama ada dinding di belakang atau cicak berkejaran, tapi jangan tundukkan pandangan atau melihat barangan di tangan (terutama telefon bimbit), dianggap kurang adab dalam komunikasi. Beri perhatian, respon dengan mengangguk dan lihat padanya sekali sekala. InshaAllah hati lebih terjaga. Fuhh detail habis!
Jika memberi barangan, elakkan penyampaian dari tangan ke tangan. Letak sahaja di atas meja. Apalagi barangan yang kecil seperti duit, pemadam dan sebagainya. Jika tiada meja, kertas, buku atau apa sahaja di sekeliling juga sedia membantu. Tapi jika selamat dari sebarang sentuhan, tiada masalah, tapi kalau boleh elakkan. Siapa tahu, satu sentuhan kulit ajnabiy itu mampu mengganggu ibadah selama seminggu, siapa tahu?
Jika di alam maya, ini tertakluk atas individu. Saya sendiri tidak terlalu syadid soal ini, tetapi, kurangkan private message jika tidak perlu. Delete conversation jika tidak penting, bagi mengelakkan kita belek semula masa bosan.
Banyak lagi kaedah selamat dalam berikhtilat. Boleh lebih mengkaji dan mendalami. Ini sekadar pandangan saya. Saya sendiri terutamanya semoga diberi kekuatan...
5. Sibukkan diri
Penuhkan jadual, bersama buku, esaimen, sahabat, jangan bersendiri. Tengok movie, baca Quran dan sebagainya, asalkan otak kita bergerak. Paling koman, tidur jelah...
6. Tawakkal
Allah ada berfirman, mafhumnya,
"Apabila kamu berazam bertawakkallah pada Allah."Kerana akhirnya yang memberi hidayah itu hanyalah Allah. Mintalah padaNya natijah terbaik daripada usaha ini, dan semoga keredhaanNya bersama-sama.
(Ali Imran: 159)
It's Hard
It's hard
To be grateful for all that I have
To feel enough when have enough
To think the countless blessings that You gave
To bear the great mercy that You still let me breath
To remember why I lived just as a slave
It's hard
To not be a sinner
All the wrongdoings that I did earlier
Without realising the left and right writers
Shame on me being a sin repeater
When tomorrow God asks what should I answer?
It's hard
To set in my mind
That the death is behind
Even I had the thoughts in mine
That tears I shed at that lone time
It then be gone a second after turning around

"Has the time not come for those who have believed that their hearts should become humbly submissive at the remembrance of Allah and what has come down of the truth? And let them not be like those who were given the Scripture before, and a long period passed over them, so their hearts hardened; and many of them are defiantly disobedient." (The Holy Quran, 57:16)
Thursday, 10 September 2015
Kehinaan Seorang Hamba
Kehinaan demi kehinaan.
Aku baca kalamMu,
Aku mendapati kehinaan dalam diriku.
Aku tatap hadis RasulMu,
Aku mendapati kehinaan dalam diriku.
Aku sahut seruan sepertiga malamMu,
Aku mendapati kehinaan dalam diriku.
Aku periksa hafazan tidak seberapaku,
Aku mendapati kehinaan dalam diriku.
Aku menahan lapar dahaga sunat untukMu,
Aku mendapati kehinaan dalam diriku.
Aku menyampaikan nasihat peringatan dariMu,
Aku mendapati kehinaan dalam diriku.
Aku menulis ajaran kekasihMu,
Aku mendapati kehinaan dalam diriku.
Ya Tuhan...
Penat lelahku untuk siapa...
Rukuk sujudku untuk siapa...
Fasih tuturku menjadi apa...
Zikir ratibanku semua ke mana...
Al-Quran kalamMu menghujahkan apa...
Masaku untuk membelek lautan ilmuMu untuk apa...
Ya Tuhan...
Mengapa semuanya kembali menghujahku
Mengapa semuanya terbang bagai debu
Mengapa semuanya kembali melaknatku
Mengapa syaitan bersorak melihatku
Ya Tuhan...
Hati yang disangka bersinar cantik rupanya terpesong tujuan
Bicara fasih bagai ulamak rupanya hati penuh kekufuran
Al-Quran dibaca berbalik-balik rupanya mahukan pujian
Kitab ilmuMu dibelek-belek rupanya berkehendakkan kemahsyuran
Zikir pagi petang diratib-ratib rupanya mahu dipandang
Ini ya Tuhan... kehinaanku.
Dan aku memperoleh semua kehinaanku yang aku damba...
Dan terus melangkah dengan kononnya pakaian keimanan dan ketaqwaan, menutupi diri penuh kemunafikan dan kekufuran.
Ini ya Tuhan. Kehinaan hambaMu, yang mensia-siakan..
[Al-Quran, 23:25
وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.]
[Saidina Ali KW meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Mohonlah perlindungan Allah daripada lembah kesedihan."
"Ya Rasulullah, apakah lembah kesedihan itu?"
"Lembah itu di neraka jahannam. Jahannam sendiri memohon perlindungan darinya sebanyak 70 kali sehari. Lembah itu Allah SWT sediakan bagi para pembaca al-Quran yang membacanya kerana riak."
HR Ibnu Majah]

Monday, 7 September 2015
Perkaderan
Di mana sahaja organisasi yang saya lihat, saya perhatikan, pengurusan yang dahulu rancak bergerak semakin perlahan dan lembap.
Banyak organisasi... melalui pemerhatian peribadi diri ini, sudut perkaderan merupakan salah satu aspek yang kebanyakan pimpinan organisasi terlepas pandang. Ini merupakan teks Ucapan Dasar Jabatan Perkaderan di sekolah saya.
Ya, walaupun sekadar di sekolah dan umur ketika itu masih setahun jagung, pendedahan dan perlaksanaan perkaderan di sekolah saya agak strategik dan komprehesif.
Cc sahabat perjuangan Jabatan Perkaderan bersama, Nadhirah bt Abd Rasid dan Wan Basyirah bt Abdul Majid. Yang dirindui, sentiasa dan sentiasa.

3.0 PENGURUSAN
KOMPREHENSIF SILLAH PERKADERAN STRATEGIK
3.1 Umum mengetahui, bahawa perkaderan adalah
suatu perkataan yang tidak asing lagi dalam arena dakwah para dua’t. Sehubungan
dengan itu, dalam proses pembangunan jemaah yang lebih teratur dan progresif,
usaha merekrut kader-kader Islam adalah sangat penting untuk memastikan
kesinambungan perjuangan dakwah dan tarbiah seterusnya memastikan bi’ah solehah
yang telah wujud akan dijamin dapat terus berkekalan. Sejarah Islam juga membuktikan
pemimpin hebat yang lahir di pentas dunia tidak lahir secara kebetulan, spontan
atau turun dari langit. Mereka sebenarnya lahir daripada mekanisme didikan yang
terancang sejak dari awal.
Surah
Al-Anfal : 60
3.2 Antara langkah untuk mewujudkan
perkaderan yang mantap adalah melalui pelaksanaan program tamrin yang komprehensif.
Perancangan komprehensif bererti perancangan yang mampu menjawab persoalan
apakah visi itu, bagaimana ia dapat dicapai, siapa yang ditugaskan
melaksanakannya dan bilakah ia mesti disempurnakan Pada pandangan kami, ilmu
pelaksanaan inilah yang menjadi kekurangan yang mengakibatkan terbantutnya
proses tarbiah dan dakwah yang komprehensif.
Muktamirin
muktamirat yang dirahmati,
3.3 Dalam pengurusan organisasi, banyak
kelemahan yang diperhatikan apabila organisasi lebih terbiasa mengurus konflik
dan masalah lebih daripada mengurus agenda dan visi. Jika dilihat pada ruang
lingkup tamrin itu sendiri, perjalanan tamrin mestilah dipelbagaikan mengikut
perkembangan mad’u. Namun matlamat dan agenda yang ingin dicapai dalam suatu
program tamrin tidak patut dipinggirkan. Selain itu, penggerak – penggerak
tamrin juga hendaklah mempunyai kecekapan yang tinggi dan mempunyai kemahiran membuat
perancangan yang pelbagai bagi mencapai matlamat yang sentiasa berubah.
Mustahil tanpa sifat pengurusan yang ampuh, sebuah empayar yang agung mampu
dibangunkan.
Warren Bennis berkata dalam bukunya
Leadership:
“Leader are
people who do the right things. Manager are people who do things right.
3.4 Tambahan pula, generasi yang hebat adalah
generasi yang dapat melahirkan perkaderan yang lebih hebat! Pemilihan yang
tepat akan menghasilkan kestabilan serta tidak berlaku pergolakn, manakala
hasil pilihan yang tidak baik akan menimbulkan kepincangan dalam sesuatu
organisasi. Justeru, semua pimpinan dalam proses kaderisasi ini hendaklah
bersungguh - sungguh dan bijaksana memilih orang yang sesuai dalam setiap
kedudukan tanggungjawab. Harapannya agar pelaksanaan proses perkaderan yang
strategik akan dapat melahirkan kepemimpinan unggul selari denagan tema
muktamar ini.
Ingatlah,
pemimpin yang berkualiti tinggi kepimpinannya adalah pemimpin yang bukan
sekadar diikuti dan ditaati. Beliau bukan sekadar pemimpin yang beramanah dan
berintegriti. Tidak cukup sekadar pemimpin yang mampu mencetak generasi dan
menghebatkan orang lain. Beliau pemimpin yang mampu meninggalkan legasi yang
kukuh dan pengaruh yang kekal abadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)