Ini sebenarnya teks Ucapan Dasar muktamar di sekolah saya, ini tajuk yang ditaklifkan kepada saya selaku Pengerusi Lajnah Pengisian dan Aktiviti 2013/2014, dengan kerjasama Anis Atirah yang dirindui. Dan setelah berthrowback, saya mendapati intipati teks ini ada baiknya dikongsi. Semoga bermanfaat.
1.1 Hablumminallah ikhtisarnya merupakan
asas dalam suatu pembinaan individu yang haraki dan rabbani. Dalam usaha
menjamin keberkesan tarbiyyah, sudah tentu hubungan dengan Allah menjadi suatu
aspek yang amat dititik beratkan. Hal ini demikian kerana hablumminallah yang
berkualiti mampu melahirkan umat muttaqin yang mempunyai ta’alluq billah yang
kuat yakni para mukmin yang hidup dan matinya, amal dan ibadahnya, jihad dan
pengorbanannya untuk Allah semata-mata.
Berbangkitnya isu ini adalah disebabkan muncul ramainya indivudu yang berintima’ dengan jemaah mempunyai ilmu haraki yang mantap namun kurang dari sudut kesufian jiwanya. Allah Taala ada berfirman,
"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?" (al-Baqarah: 44)
1.2 Hakikatnya antara nikmat yang cukup, cukup besar Allah kurniakan kepada hambaNya adalah nikmat mampu berdakwah dan menyumbang kepada ummah. Namun, tanpa kita sedari, keberadaan kita dalam gerakan harakah islamiyyah merupakan suatu nikmat dan pada masa yang sama juga ianya merupakan suatu ujian kepada kita.
Realitinya, hanya dengan kesusahan dan ujian hidup membuatkan kita sebenarnya lebih dekat denga Allah, dan lebih menghayati erti sebenar hablumminallah. Sebagaimana kata-kata Robert Brault, ‘sometimes, in tragedy, we find our life’s purposes’. Juga bertepatan dengan firman Allah Azza wa Jalla.

"Ataukah
kamu mengira kamu akan masuk Syuga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti
(yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa
kemelaratan, penderitaan, dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga
Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datangnya
pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (al-Baqarah: 214)
1.3 Jika disingkap siah Rasulullah, baginda diuji sebagai Rasul selama 23 tahun. Sedangkan seandainya Allah menghendaki kemenangan kepada umat Islam dengan segera, maka tiada yang mustahil dengan zat kebesaran Allah.
Namun, sebagaimana murabbi kita ustaz Yahya Othman pernah berkata, “Seandainya tarbiyyah tidak dihayati dalam diri seorang pejuang maka kemenangan yang tertangguh lebih baik daripada kemenangan yang terburu-buru.
Di sini, izharlah, bahawa betapa tarbiyyah itu suatu perkara yang memerlukan penghayatan yang mendalam daripada ahli-ahli gerakan harakah Islamiyyah itu sendiri. Justeru, penghayatan tarbiyyah dapat dicapai melalui keberkesanan hablumminallah.
1.4 Jika kita teliti, penerimaan seseorang mad’u terhadap penyampaian seseorang da’ie bergantung kepada hubungan da’ie itu dengan Allah. Ummah kini tidak memerlukan orang yang hanya pandai berkata-kata semata-mata, tetapi ummah memerlukan seseorang yang mampu menjadi qudwah. Tidak dapat tidak, hablumminallah merupakan faktor dominan dalam menjamin kelangsungan mata rantai perjuangan Rasulullah.
Harapan yang amat besar daripada kami, agar generasi yang akan datang mengambil cakna tentang hubungan ahli dengan Allah, khususnya dari segi perlaksanaan taklifat ahli agar tarbiyyah yang diberi dapat dihayati sebaiknya.
"Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman dengan Allah dan Rasulnya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar." (al-Hujuraat: 15)
Khulasahnya, mukmin yang menghayati perjuangan ialah orang-orang yang mana perasaan, percakapan, dan tindakan mereka dikuasai kesanggupan mereka terhadap perjuangan.
No comments:
Post a Comment