Ini cuma pandangan saya, boleh dihujah dan dibantah
semula. Sebarang teguran amat dialu-alukan.
Fenomena hari ini sangat ajaib di mana pelajar sekolah
agama, hatta institusi tahfiz sendiri, pasti berlaku gejala kapel. Ya, rasa
suka itu ada dalam setiap individu. Allah jadikan perempuan tertarik pada
lelaki dan begitulah sebaliknya.
Remaja ini mempunya naluri berhibur dan mencari keseronokan,
atau dalam istilah kini, hedonisme. Teringat pula teks forum saya,
"Naluri berhibur dan mencari keseronokan atau
hedonisme, merupakan fitrah semulajadi, yang ada pada setiap individu."
Tak, itu bukan perkara negatif. Namun bagaimana kita
salurkan naluri itu. Ada orang hiburannya dengan al-Quran, hiburannya dengan
zikir, keseronokannya ketika menelaah pelajaran.
Abi Sheikh Nuruddin al-Banjari ada menceritakan dalam salah
sebuah nukilannya, Muhammad bin al-Hasan apabila berjaga malam dan
menyelesaikan pelbagai kemusykilan ilmu, beliau berkata,
"Di manakah anak-anak raja akan mendapat kelazatan-kelazatan
ini?"
Ehe baik. Jauh amatlah keseronokan para ulamak dengan
kita.
Salah satu saluran itu yang mahu saya kupas dan bidas, iaitu
dengan cara mengambil mudah dalam penjagaan ikhtilat. Maksud saya di sini,
tidak semestinya berpasangan, tapi melebihi batas-batas ikhtilat yang dikenakan
syarak.
Andai dirujuk dalam buku Tarbiah Sentap, Akh Adnin Roslan
amat tegas dalam penjagaannya.
Saya pernah berada dalam 2 situasi yang cukup, cukup
kontras. Situasi pertama, biah masturah. Yang mana semua muslimat diwajibkan
berpurdah. Tidak dibenarkan langsung berbicara dengan muslimin. Andai ustaz
mengajar kuliah muslimat, pandangannya langsung tidak diangkat kepada muslimat,
matanya berterusan di kitab hingga habis kuliah.
Situasi kedua, lelaki dan perempuan ada melakukan program
bermalam dalam sebuah rumah. Bebas berkongsi kereta, keluar bersama hingga dua
tiga pagi. (Ini pemerhatian saya sepanjang bersama mereka, bukan pengalaman
saya sepenuhnya). Namun masih terkawal, tidak berlaku sebarang sentuhan,
kemelampauan dan sebagainya. Cuma sedikit bebas.
Terus teranglah saya katakan, kebebasan ini, membawa
kerosakan pada hati kita.
Menjejaskan maruah kita. Membunuh sifat malu dalam diri kita
khususnya muslimat.
Jagalah. Mahalkan diri. Ya, ikhtilat ini seronok. Kerana itu
manusia tenggelam di dalamnya.
Muslimat, kamu, dengan kebebasan dan kononnya 'sporting'
yang kamu tampilkan ketika berikhtilat dengan lelaki, kamu sebenarnya sekadar
menjadi hiburan kepada lelaki. Hatta dalam berpakaian, ulasan dari majlis
ta'lim yang disampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar al-Hamid, andai
kita berpakaian dengan tabarruj, apalagi sehingga mendedahkan aurat, ia adalah
kerana kita menjadi selera kepada lelaki. (Nauzubillah)
Begitu juga lelaki. Dalam kuliah yang sama Habib Ali
menerangkan, kewajipan penjagaan kehormatan perempuan itu pertamanya ke atas
lelaki. Dengan lelaki menjaga kehormatan diri mereka lelaki itu sendiri,
perempuan boleh menjaga kehormatan mereka. Kerana lelaki mutolib (mencari) dan
perempuan mutolab (dicari).
Janganlah. Jaga, jaga, jaga hati kita. Kosongkan biar cuma
kepada Allah, Rasul Sallallahu Alaihi wa Sallam, dan ibu bapa kita. Soal jodoh
perkahwinan, itukan kerja Tuhan. Lagipun, yakinkah kita jodoh kita masih hidup
di dunia?
Sudahlah. Ia mencuri masa muda kita. Ia mencuri perkara
paling berharga dalam hidup kita.
Pemikiran, percakapan, penulisan kita tidak perlulah menyentuh soal hati. Soal imam, makmum. Angan-angan kosong tentang nikah dan cinta setelahnya.
Istilah yang saya beri untuk perkara-perkara sebegini; LEMAH DAN MELEMAHKAN!
Ketika muda ini, tuntutlah ilmu, hafazlah ilmu, hafazlah Quran. Alih fokus hidup kepada perkara yang lebih penting.
Pemikiran, percakapan, penulisan kita tidak perlulah menyentuh soal hati. Soal imam, makmum. Angan-angan kosong tentang nikah dan cinta setelahnya.
Istilah yang saya beri untuk perkara-perkara sebegini; LEMAH DAN MELEMAHKAN!
Ketika muda ini, tuntutlah ilmu, hafazlah ilmu, hafazlah Quran. Alih fokus hidup kepada perkara yang lebih penting.
No comments:
Post a Comment